Noorjahan menang anugerah guru antarabangsa

 

廣告-請繼續往下閱讀

NOORJAHAN Sultan mengharumkan nama negara apabila diumumkansebagai pemenang Anugerah Pearson ELT Teacher, kategori Asia danOcenia 2018.- Foto ihsan Kementerian Pendidikan Malaysia

Noorjahan menang anugerah guru antarabangsa

 

KUALA LUMPUR: Guru prasekolah yang juga pengasas modul bacaanberirama mudah untuk murid prasekolah belajar Bahasa Inggeris 'LetRhyme', Noorjahan Sultan mengharumkan nama negara apabila diumumkansebagai pemenang Anugerah Pearson ELT Teacher, kategori Asia danOcenia 2018.

 

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan, berkatapengiktirafan itu membabitkan program pencarian guru bahasaInggeris terbaik antarabangsa.

 

Katanya, program itu termasuk empat kategori lain iaitu, Afrikadan Asia Barat; Eropah dan Asia Tengah; Utara dan Amerika Tengahserta Amerika Selatan.

 

"Kesemua pemenang akan ditaja sepenuhnya ke Glasgow, Scotlanduntuk menghadiri persidangan Organisasi Kebangsaan Guru BahasaInggeris sebagai Bahasa Asing (IATEFL) dan Pengajaran BahasaInggeris Kepada Penutur Bahasa Lain (TESOL) pada 10 hingga 13April, depan," kata kenyataan itu.

 

Noorjahan dalam kenyataan sama, berkata beliau bersyukur dangembira terpilih memenangi anugerah itu sekali gus, berjayamenewaskan 38 calon lain dari rantau Asia dan Ocenia.

 

"Saya yakin guru tempatan akan menghasilkan pelbagai kaedahpengajaran dan inovasi pendidikan terbaik kepada murid di negaraini, sekali gus bersedia menjulang pendidikan negara menjadi satupertiga teratas dalam sistem pendidikan terbaik dunia,"katanya.

 

Noorjahan, 44, berkata pengajaran Bahasa Inggeris akan mudahdikuasai dengan cara mencetuskan keseronokan terhadap matapelajaran itu.

 

Katanya, teknik bacaan berirama menyebabkan beliau bukan sajaberjaya meningkatkan kemahiran murid lemah Bahasa Inggeris untukbersaing dengan murid lain tetapi turut membuahkan kepuasanuntuknya mengajar.

 

"Murid-murid tidak sabar menunggu saya untuk belajar BahasaInggeris dan perasaan itulah yang memberi kepuasan kepada sayasebagai guru Bahasa Inggeris," katanya.

廣告-請繼續往下閱讀

 

Faktor berjaya mencetuskan minat dalam Bahasa Inggeris, turutmenjadi punca kemenangan beliau dipilih juri untuk menerimaanugerah berprestij itu.

 

Noorjahan turut menerima undian awam dalam talian tertinggi bagikategori sama iaitu sebanyak 6.029 undian.

 

Bagaimanapun, kategori undian itu dibatalkan penganjur berikutandakwaan orang awam 'tidak kisah' terhadap proses undian melaluikaedah atas talian.

 

Noorjahan, berpengalaman 22 tahun dalam bidang Bahasa Inggerispernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama (SKIMU),memperkenalkan formula tersendiri mengandungi 40 tema berasaskanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak minatBahasa Inggeris menerusi pendengaran, pertuturan, membaca danmenulis selain memperbaiki tatabahasa, ejaan serta sebutanmurid.

 

Beliau mengasaskan modul meningkatkan penguasaan bahasa Inggeristerutama bagi murid prasekolah menerusi kaedah 'Let Rhyme' (bacaanberirama), yang melayakkannya mendapat pengiktirafan tersenarai 50guru dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2016.

 

Beliau kini berkhidmat sebagai pegawai Bahagian TeknologiPendidikan Negeri Pahang turut dinobatkan sebagai Ikon GuruKebangsaan 2016.