''Ampunkan Ibumu Yang Kejam Ini'', Wanita Kesal Pukul Anak Sampai Lembik Kerana Dakwa Tertekan Rumah Tangga Diabai Suami


15240468891349.jpg



 Jangan lupa tekan like==》 Perkongsian Bermakna

 

 

Melayari alam rumah tangga sememangnya bukan satu tugas yangmudah. Ia penuh pancaroba yang hanya boleh diharungi jika suami danisteri saling berganding bahu membantu antara satu sama lain.Realiti selepas berkahwin jauh berbeza dengan fantasi yang diangan-angankan oleh semua pasangan yang bercinta. Tambah-tambah,kalau sudah mempunyai zuriat. Hidup bukan lagi seperti orang bujangkan.

 

 

Begitu seperti sebuah kisah yang diluahkan oleh seorang wanitadi dalam kumpulan Kisah Rumah Tangga Fans ini. Semuanyabermula apabila wanita tersebut mendakwa bahawa suaminyaseolah-olah lepas tangan dalam menguruskan rumah tangga.

 

 

Malah, suaminya turut menggunakan alasan sibuk dengan kerjauntuk mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi apa yang berlaku adalahsuami wanita tersebut sebenarnya keluar bersama-sama kawan danberkonvoi ke Thailand untuk menyertai pesta air disana.

 

 

Kemuncaknya, akibat terlalu tertekan dengan beban kerja,akhirnya wanita tersebut mengaku tanpa sedar telah mencederakananak sendiri untuk melepaskan tekanan. Nak tahu lebih lanjut, jomikuti perkongsian wanita tersebut di bawah.

 

 

Assalamualaikum semua ibu dan terima kasih admin jika siarkancerita saya.

 

 

Hari ini,  anak sulung aku umur dua tahun demam panas.Budak bila tak sihat meragam tak tentu. Anak kedua aku turut demam,umurnya tiga bulan. Aku merupakan seorang suri rumahtangga tapi adabuat kerja sambilan online dan bisnes kecil-kecilan jualkuih. Suami aku? Kerja sendiri.

 

 

Hari ni dalam sejarah hidup aku teramat menyesal dengan tindakanbodoh aku. Ya, aku terlalu penat uruskan semua hal rumahtanggasendiri. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya sendiri.Suami?? Tak pernah dia peduli walaupun aku pernah berbincangbersama.

 

 

Aku pukul anak sulung hingga lembik dan aku tak peduli anak akumenangis dan meraung. Aku seakan dirasuk syaitan! Ya Allah ampunkanaku, Ya Allah. Wahai anakku, ampunkan ibu mu yang kejam ini! Akujadi begini sebab aku terlalu banyak memendam, simpan, sabar dantak mampu untuk berkata-kata dengan suami.

 

 

Aku terlalu penat. Bila bercakap dengan suami minta tolonguruskan dan ringankan tulang untuk bantu aku buat kerja rumah,walaupun hanya basuh pinggan sendiri selepas makan mahupun kemastempat tidur, buang sampah pun hanya sia-sia. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

 

 

Suami aku tinggalkan aku dan anak semata-mata hanya inginberseronok bersama kawannya ke Thailand. Mereka konvoiberamai-ramai untuk event di Songkran sempena pesta airdi sana. Tetapi setiap kali aku ajak keluar bersama dengananak-anak, dia hanya mampu kata dia sibuk dan tiada masa. Tetapi,masa untuk dia dan kawan-kawan sentiasa ada.

 

 

Sebagai isteri, aku hanya mampu diam walaupun aku sudah tegurdan ajak berbincang. Akhirnya aku juga yang dipersalahkan.

 

 

Rutin harian aku duduk rumah bersama anak dan uruskan segala halberkenaan rumah tangga tanpa bantuansesiapa. Family mertua jauh dan family sendiripun jauh. Aku tiada kawan, aku hanya di rumah bersama anak-anak.Anak aku demam dari semalam dan aku ternampak anak aku menelankertas.

 

 

Aku seperti orang yang meroyan, aku terus pergi menjolok tekakanak untuk keluarkan kertas tu guna berus gigi anak. Oleh keranaanak sudah ada gigi, aku takut anak gigit jari aku, jadi akugunakan berus gigi dia.

 

 

Keadaan aku sudah tidak terurus. Selama dua hari ini jaga anakdemam panas dan melayan kerenah meragam anak, aku tak tidur, makanminum aku tak tentu. Aku hanya sempat mandi pun waktu subuh sahaja.Aku lepaskan amarah pada anak. Aku lempang, aku tolak, aku cubitdan heret anak sehingga dia lembik.

 

 

Ya Allah, aku tak sedar apa yang merasuk diri ini. Aku menangissemahu-mahunya dalam bilik air sambil memegang pisau sebab aku dahperlakukan anak yang aku kandung dan melahirkan seperti binatang.Ampunkan ibu nak! Ampunkan ibu! Sumpah aku tak tahu kenapa akuboleh buat anak aku macam itu sedangkan selama ini aku tak pernahnaik tangan dengan anak.

 

 

Syukur alhamdulillah, aku bawa anak-anak pergi klinik dan doktorsahkan anak aku tak ada yang serius. Aku peluk, aku cium dan akusujud dekat anak minta ampun dari anak.

 

 

Kepada suami, terima kasih wahai suami. Jika Allah tak detik kanhati aku untuk berhenti tadi, mungkin nyawa anak atau diri sendiriyang lenyap. Kepada anak-anakku, ibu janji tak akan buat perangaiseperti itu lagi. Itulah kali pertama dan kali terakhir. Ibu cumaada anak-anak demi kebahagiaan ibu. Ibu dan ayah dah jauh. Ibu akankuat demi anak-anak. Anak -anak ibulah nyawa cinta hidup matiibu.

 

 

Ampunkan ibu, nak!