Orang Bunuh Diri, Netizen Terus Cop 'Tiada Iman', Sedangkan Mereka Tak Tahu "Depression" Adalah Satu Penyakit Kronik

15244778676585.jpg


Jangan lupa tekan like==》 Perkongsian Bermakna

 

 

23 April - Baru-baru ini terdapat beberapa kes bunuh diri dancubaan bunuh diri yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia.Ramai yang berpendapat bahawa mengambil tindakan u ntuk membunuhdiri ini sebagai satu tindakan yang bodoh.

 

 

Beberapa kes yang berlaku pula melibatkan mangsa yang beragamaIslam. Adakah mereka sudah tidak ingat pada Tuhan? Adakah merekasudah tidak beriman? Atau mereka mengalami masalah yang mendorongmereka mengambil keputusan singkat tersebut.

 

 

Penulis terbaca satu komen dari sebuah laman Facebook SukanStar Tv dimana laman Facebook tersebut memuat naik videoseseorang yang dipercayai terjun dari 'flyover' sebelum dilenyeksebuah kereta. Orang itu dikatakan mangsa bunuh diri.

 

 

Komen yang diberikan oleh Muhsin Zaidi seorang yang memilikilulusan Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dankini bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di HospitalSerdang, Selangor.

 

 

Menurut beliau, menurut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), 29.2% rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dankebanyakkanya mengalami Major Depressive Disorder(Depression).

 

 

Pesakit yang mengalami depression akan sentiasa mencari jalanuntuk mati kerana mereka akan merasakan sudah tiada sebab untukmereka terus hidup di dunia ini.

 

 

Tuan Muhsin Zaidi juga adalah presiden badan bukan kerajaan(NGO), Malaysian Mental Care Association (MeCare) yang membantupenghidap Depression. Boleh ikuti mereka melalui lamanFacebook Malaysian Suicide Alert.

 

 

15244778671171.jpg

 

 

Berikut adalah kenyataan penuh dari Muhsin Zaidi tentang bunuh diri yang boleh membuka mata masyarakat terhadap kesbunuh diri yang berlaku di sekitar kita. Semoga bermanfaat.

 

 

Sorry nak mencelah. Disebabkan saya activist yang membantu orangdari membunuh diri, saya rasa agak terkilan baca komen-komen disini. 

 

 

Bunuh diri bukanlah benda baru. Ia berlaku dari dulu lagi. Bunuhdiri ni tak semestinya ornag normal je yang buat. Banyak faktorlain kita kena tengok sebelum kita tuduh orang mati masuk neraka keapa. Memang ada orang mati bunuh diri walaupun tiada masalahmental, tapi sangat sedikit dan rasanya sangat jarangberlaku. 

 

 

Kajian terbaru dari KKM menunjukkan sekarang 29.2% rakyatMalaysia mengalami masalah dengan kesihatan mental dankebanyakkannya adalah Major Depressive Disorder(depression). 

 

 

Depression ni satu penyakit kronik, bukan penyakit main-mainatau dibuat-buat. Pesakit yang alami depression akan mengalamimasalah untuk terus hidup. Dia sentiasa rasa dia perlu mati.Masalah yang menjadi punca bukan sebab dia takde agama, tak ingatsyurga neraka atau apa, tapi kegagalan otak dia untuk berfikir danbuat keputusan. Senang cakap dah tak waras. Masalah depression adakaitan dengan fungsi otak, bukan masalah kurang iman atauapa. 

 

 

 

15244778674993.jpg

 

Pesakit depression ni akan sentiasa cari jalan untuk mati. Dalamkeadaan ini, jangan marah dia. Dia dah tak berapa sedar. Sebaliknyabawak dia jumpa doktor dan makan ubat. Ada ubat untuk bantu diakembalikan fungsi otak dia, dan insyaAllah dia akan kembali dapatberfikir dengan normal. Orang normal takkan ada keinginan nak bunuhdiri, tambah2 kalau Islam. Kalau dia ada niat nak bunuh diri,maknanya dia ada masalah berkaitan mental. 

 

 

Penyakit depression ni boleh develop satu fasa yang teruk iaitupsychosis. Bila dia dah masuk fasa psychosis ni, fkiran dia dahtakde kat dunia ni. Dia keliru mana satu betul mana satuhalusinasi. Memang dah tak waras dah.

 

 

Dan kita kena ingat, Islam tak hukum orang yang tak waras.Mereka tak minta dapat penyakit macam tu. Jangan kita sesuka hatimenuding jari dan menjatuhkan hukum. Kita kena sedar, hampir 1/3rakyat malaysia ada masalah mental sekarang. Tak mustahil esok lusaahli keluarga kita pulak yang akan dapat penyakit ni dan cuba bunuhdiri. Mungkin masa tu baru kita akan paham betapa hancurnya hatibaca komen kata ahli keluarga kita yang mati tu takkan masuksyurga. 

 

 

Wallahualam