「Tidak Peruntukan Masa Secukupnya Kepada Pekerja Untuk Mengundi」, 5 Kesalahan Piliharaya Yang Perlu Anda Tahu

15242080131439.jpg



 Jangan lupa tekan like==》 Perkongsian Bermakna

 

Rakyat Malaysia bakal sekali lagi melibatkan diri dalam sistemdemokrasi negara apabila mereka yang layak dan berdaftar akanmembuang undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mei nanti. Denganbahang PRU yang semakin dekat, ramai yang teruja menantikanketibaannya terutama buat mereka yang bergelar pengundi muda danpertama kali membuang undi.

 

Sebagai pengundi muda, anda pasti tertanya-tanya kan bagaimanaproses pengundian itu dijalankan, suasana seperti apa di pusatpengundian, dan apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan ketikakeluar mengundi nanti.

Jadi, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda yang kalipertama mengundi mengenai lima kesalahan-kesalahan yang perlu andaelakkan ketika keluar mengundi nanti. Semoga bermanfaat untukanda.

1. Menerima Makanan Dan Minuman Dari Orang Asing

Jika anda dihampiri oleh mana-mana individu asing yang dikenaliatau tidak dikenali lalu menawarkan anda makanan dan minuman samaada sebelum, semasa dan selepas mengundi, anda dinasihatkan untuktidak menerima pemberian tersebut.

Ini kerana ia merupakan satu kesalahan yang terkandung di dalamSeksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 - Penjamuan.

15242080132062.png

 

15242080131546.png

Apa yang perlu anda fahami adalah, tawaran tersebut bolehditafsir sebagai rasuah sama ada untuk mendorong anda mengundiataupun tidak mengundi calon parti politik tertentu. Jadi,hati-hati ya. Jangan sampai anda tidak dibenarkan untuk mengundinanti.

2. Membawa Keluar Atau Membawa Masuk Kertas Undi

Ingat, anda sama sekali tidak dibenarkan untuk membawa masukatau membawa keluar kertas undi sama ada yang belum ataupun sudahdigunakan. Anda cuma dibenarkan untuk mempunyai satu kertas undisahaja, sekiranya anda mendapati petugas di pusat pengundiantersilap membekalkan lebih dari satu kertas undi, anda hendaklahmenyerahkan kembali kepada petugas dengan segera.

Kesalahan ini terkandung dalam Seksyen 3(1) Akta KesalahanPilihanraya 1954 - Kesalahan-kesalahan Oleh Mana-mana Orang :

Jadi sebagai langkah selamat, sebelum memasuki dan keluar daritempat undi,anda DINASIHATKAN untuk MEMERIKSA terlebihdahulu diri sendiri bagi memastikan tiada lebihan kertas undi ataukertas undi palsu pada diri anda.

3. Menunggu Atau Berlegar-Legar Di Tempat Mengundi SetelahSelesai Membuang Undi

Jika anda sudah pun selesai melaksanakan tanggungjawab andauntuk membuang undi, seelok-eloknya anda hendaklah beredarmeninggalkan lokasi pengundian. Sekiranya anda perlu menungguseseorang, anda dinasihatkan untuk berada dalam jaraksekurang-kurangnya 50 meter daripada tempat mengundi.

Kesalahan ini dinyatakan dalam Seksyen 26 Akta KesalahanPilihanraya 1954 - Batasan Pada Hari Mengundi :

15242080138043.png

15242080146524.png

Jadi fikirkan semula dan beritahu siap-siap kepada keluarga ataukenalan anda di mana tempat anda menunggu ketika selesai mengundinanti. Ingat, ia bukan idea yang baik untuk berlegar-legar ditempat mengundi.

4. Memakai Mana-Mana Pakaian Yang Mengandungi Logo PartiPolitik

Ia merupakan kesalahan terbesar, oleh itu sila beri perhatian.Anda sama sekali dilarang untuk memakai pakaian termasuk semuaaksesori atau membawa mana-mana bahan yang mengandungi nama calon,lambang atau simbol mana-mana parti politik pada hari PRU tersebutberlangsung.

Kesalahan ini terkandung di dalam Seksyen 26 (1) Akta KesalahanPilihanraya 1954 - Batasan Pada Hari Mengundi :

15242080144710.png

Jadi, lebih selamat jika anda memakai pakaian yang neutralataupun jenis plain ketika keluar mengundi nanti.


 

5. Tidak Memperuntukkan Masa Secukupnya Kepada Pekerja UntukMengundi

Kesalahan ini lebih menjurus kepada majikan di tempat kerjaanda. Setiap majikan mempunyai tanggungjawab untuk memperuntukkanmasa yang munasabah bagi membolehkan anda untuk menjalankantanggungjawab anda.

Tanggungjawab majikan ini ada disebut di dalam Seksyen 25(1)Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 :

15242080141696.png

Jadi, ini antara lima kesalahan yang anda sebagai individu perluelakkan ketika hari mengundi nanti. Kami nasihatkan jika andamerasakan apa-apa tindakan yang anda buat itu salah, elok sahajalahanda tinggalkan supaya hak anda untuk mengundi tidak dihalangdisebabkan kesalahan anda sendiri.